26 June 2011

FAKTA menarik

Fakta-fakta menarik berkenaan dengan berat badan


90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.

Sebab utamanya adalah kerana memilih cara yang salah!!


Statistik Malaysia
  • 48% lelaki obes, 62% perempuan obes!
  • 10,000+ kematian tahunan akibat serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang.
  • 6,000 kematian tahunan akibat penyakit jantung.
  • 3 juta dengan kolestrol tinggi.
  • 40,000 kes kanser baru setiap tahun
  • 2.1 juta yang menghadapi kencing manis.  

43.1% daripada warga Malaysia dewasa
mempunyai berat berlebihan. 
400 juta Orang dewasa di seluruh dunia adalah obes
dan 1.6 billion mempunyai berat badan berlebihan.
17 juta kes kardiovaskular di dunia
berkaitan dengan obesiti.


Epedemik Sedunia



Insiden berat badan berlebihan dan obesiti tersebar luas dengan perangkaan 31.6% dan 16.3%
masing-masing di Malaysia. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai
berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki dan 18.8% perempuan adalah obes.

Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati
sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25 hingga 64 tahun sama ada
mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Lebih kurang setiap orang keempat di muka bumi ini terlalu gemuk.
Obesiti dengan pantasnya menjadi salah satu sebab utama kematian di dunia.
Unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa secara global
pada 2005, lebih kurang 1.6 billion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan
dan lebih kurang 400 juta orang dewasa adalah obes.

WHO mengunjurkan bahawa menjelang 2015, lebih kurang 2.3 billion orang dewasa
akan mempunyai berat badan yang berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.

Kematian akibat daripada Diabetes akan meningkat lebih 50% di seluruh dunia dalam
10 tahun akan datang -WHO
ANDA BAGAIMANA?
Berubah sebelum terlambat? TANYA SAYA BAGAIMANA!!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More